วันอาทิตย์ที่ 29 พฤษภาคม พ.ศ. 2554

Memahami erti jasus yang sebenar

Pengertian al-Jassu (الجس) mengikut bahasa ialah menyentuh atau menjamah sesuatu dengan tangan, manakala Jassa apabila menjadi jumlah seperti Jassa al-akhbar (جس الأخبار) ia memberi erti memeriksa atau mengintai-ngintai akan berita/khabar. Adapun Jasus atau jamaknya Jawasis ia memberi erti tukang (orang) selidik, pengakap atau tukang mengitai-ngitai.

Al-Jasus atau jamaknya Jawasis mengikut kamus al-Munjid ialah mereka yang mencari berita (khabar) kemudian membawanya(melapor), manakala al-Jasusiah ialah satu badan yang telah di bentuk oleh Negara di sesuatu Negara fungsinya untuk mencari berita atau khabar dan membungkarkannya kepada badan-badan itu tadi.

Al-jasus mengikut pengertian istilah;

Satu-satu cara bagi seorang panglima perang untuk mendapat kemenangan dengan mudah adalah mesti mengetahui susunan kedudukan tentera, jumlah dan gerak geri pihak lawan terlebih dahulu. Oleh demikian sebanyak mana panglima dapat mengguna tenaga untuk mendapat maklumat dari pihak musuh maka sebanyak itulah harapan kemenangan mereka yang akan dapat. Pengertian Jasus mengikut istilah ia mengandungi beberapa erti antaranya ialah;

1- Mereka yang menyampai berita rahsia dari orang Muslimin kepada pihak kafir.

2- Mereka yang kerja secara sembunyi atau kerja di bawah kedustaan, atau usaha untuk mendapat maklumat daripada askar kepada pihak lawan (musuh).

3- Mereka yang mencari berita kedudukan manusia dan menyampaikan kepada pihak kerajaan.

Jelas daripada pengertian di atas bahawa erti jasus adalah seorang yang usaha mencari berita tentang gerakan-gerakan perjuangan Islam dan menyampaikannya kepada pihak musuh.

Syariah Islam telah menggariskan hukum khusus terhadap jasus kepada beberapa pendapat, di antaranya ialah;

Pendapat yang pertama:

Hukum terhadap jasus adalah dibunuh semata-mata, hukum jasus ini sama sehaja dengan jasus orang harbi atau musrik. Hikmah dari pensyariatan tersebut adalah untuk menahan(menjaga) supaya rahsia perjuangan Islam itu tidak sampai(bongkar) kepada pihak musuh. Pendapat ini adalah pendapat Imam Malik dan pengikut-pengikutnya.

Pendapat yang kedua:

Bunuh jasus muslim sekiranya mereka mengulangi perbuatan itu. Demikianlah kata Abd.Malik bin al-Majisun ‘ulama’ mazhab Imam Malik.

Pendapat yang ketiga:

Tidak boleh dibunuh, hanya Imam sehaja perlu memberi teguran dengan apa cara yang sesuai, pendapat ini adalah pendapat mazhab Hanafi, Syafaie, Zahir mazhab Ahmad bin Hambal dan Setengah daripada Malikiyah, Ibnu Qaiyim al-Juziyah dan Syi’ah al-Zidiyah.

Tambah Imam Syafie; Pengertian jasus(mata-mata) mengikut imam al-Syafi'i ialah orang-orang yang diutus secara rahsia untuk mengetahui rahsia musuh. jasus (mata-mata) ini adakalanya dari pihak kaum kafir, dan adakalanya dari pihak Islam itu sendiri. jasus (mata-mata) yang diutus oleh orang kafir untuk mengetahui rahsia-rahsia umat Islam, seperti pertahanan, cara ekonomi, markas besar dan sebagainya, kalau mereka kedapatan boleh dibunuh.

عن سلمة بن الأكوع: أتى النبي صلى الله عليه وسلم عين من المشركين وهو في سفر فجلس مع أصحابه يتحدث ثم انفتل فقال النبي صلى الله عليه وسلم اطلبوه فاقتلوه فقتلته. رواه البخاري

Maksudnya:

Dari Salmah bin Akwa’ berkata ia: “ Pernah datang kepada Nabi s.a.w seorang jasus (mata-mata) kaum Musrik sedang Rasulullah s.a.w. dalam perjalanan, lalu beliau duduk beserta sahabatnya-sahabatnya bercerita-cerita, kemudian ia pergi, maka berkata Nabi s.a.w. : Carilah dia, lalu bunuhlah, lantas dibunuhlah dia”. (Riwayat Bukhari).

Mengikut beberapa pandangan dari para Imam-imam di atas, jelas dapat penulis buat rumusan bahawa, samaada hukum bunuh atau diberi teguran semuanya memberi erti bahawa jasus (mata-mata) adalah suatu perkara yang sangat merusakkan perjuangan Islam terutamanya di bumi Patani. Sehingga Imam al-Syafi'ie yang menjadi pegangan ramai oleh penduduk Melayu Islam Patani mengeluarkan fatwa bahawa ia wajib dibuhuh sekiranya ia diutus oleh pihak kafir dalam rangka untuk merusakan perjuangan Islam yang suci itu.

Adapun dalam kontek jasus di Patani sekarang, walau mereka diberi teguran, amaran dari beberapa pihak samaada berbentuk tulisan, mulut dan sebagainya, ia juga tidak menerima teguran dan larangan itu, bahkan ia tetap dengan pendirian mereka untuk menjadi jasus untuk kepentingan pihak musuh Islam. Mereka ini dengan terus-terang adalah hamba abdi yang menjadi hamba suruhan dari pihak kafir.

Ada satu kes yang penulis dapat dari orang kampong berkenaan dengan seorang jasus. Penulis diberi tahu bahawa sebenarnya Pejuang Pembebasan Patani sudah pergi jumpa dengan si jasus itu dan memberi amaran suruh tinggal cari makan di atas kepala orang Melayu Islam, kali yang kedua pula seperti demikian amaran yang diberi oleh Pejuang Pembebasan Patani, sehingga kali yang ketiga Pejuang Pembebasan Patani pergi jumpa dengan Ibu kandung si jasus supaya tolong nasihat kepada anaknya supaya tinggal kerja sebagai pengintip rahsia pejuang. Namun, jawapan yang dapat dari ibunya itu ialah “Aku rela dengan kerja dia, kenapa mu datang untuk melarangkan dia?” Itulah jawapan yang dapat dari keluarga jasus itu. Walaupun sebelum ini Pejuang Pembebasan Patani gugur syahid dengan sebab si jasus yang memberi maklumat tentang kedudukan beliau kepada pihak polis dan akhirnya polis datang kepong dan bunuh Pejuang, namun tindakan balas dari Pejuang tidak sekali-kali menggunakan emosi, sebaliknya terus nasihat dan memberi amaran kepada keluarga dan si jasus itu sendiri. (itulah sikap Pejuang Pembebasan Patani yang menjalankan tugas sebagai pewaris Nabi Muhammad s.a.w).

Seandainya jasus seperti ini makin hari makin merebak, maka sebanyak manakah Pejuang Pembebasan Patani yang sedang mengurbankan jiwa mereka untuk membela rakyat Melayu Islam Patani supaya dapat melepas dari pemerintahan yang zalim dan kejam dan mengembalikan hak pertuanan anak bangsa Melayu Patani akan gugur syahid?! Musuh Pejuang Patani yang sebenarnya adalah penjajah siam. Oleh itu, renunglah sekejap dan fikirlah cara bagaimana pembaca sekalian hendak mengatasi isu jasus ini? Selamat pejuang maka cepat pulalah sampai cita-cita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Melayu Islam Patani.

Sebagai rakyat Melayu Islam Patani harus sedar bahawa, semua mereka yang selalu dipuji baik oleh pihak penjajah siam itu bererti mereka itu sangat dimurkai oleh Allah, kerana penjajah siam tidak pernah dan tidak akan puji mereka yang benar-beriman kepada Allah. Kita harus sedar bahwa, kepujian yang dikehendaki oleh Islam sebenar adalah kepujian dari Allah Subhanahuwata‘ala sehaja.

Adapun pujian yang diberi oleh penjajah siam terhadap segelintir umat Islam Melayu itu adalah suatu psikologi yang hendak menarik hati rakyat supaya bekerjasama dengan mereka dan membenci kepada pihak Pejuang Pembebasan Patani. Untuk mendapat pujian dari penjajah itu senang sehaja, iaitu dengan benci kepada Pejuang Pembebasan Patani dan selalu menyalahkan bahwa semua tindakan Pejuang Pembebasan Patani itu tidak tercatat dalam al-Quraan dan al-hadis seperti yang di keluarkan berbentuk risalah dan buku-buku seperti buku “Islam mesti dibongkar” yang dikeluarkan oleh majlis agama Islam selatan Thailand dan sudah disemak oleh Menteri besar Yala Tira’ Mintrasak dan seterusnya buku tersebut telah dilulus dan di perbetulkan oleh pegawai siam itu sendiri. Isu agama dan tajsir ayat-ayat al-Quraan juga boleh ditafsirkan mengikut kehendak diri sendiri sehingga orang siam pun boleh mentafsirkannya dan memberi syarahan kepada orang Melayu.

Semua itu adalah rekaan dan siamiyat yang dibuat oleh penjajah supaya dapat mengelirukan umat Islam Melayu Patani, apatah lagi risalah dan buku-buku itu dikeluar oleh mereka-mereka yang dihormati oleh masyarakat. Itu semua adalah wayang kulit yang dipelari oleh tokdalang di belakang.

Takutlah kalian kepada Allah, mudah-mudahan kalian berada di dalam beriman, dan kasih sayang, berlemah lembutlah sesama saudara Islam dan bersifat keraslah dengan orang kafir.

والله أعلم بالصواب

Secara lanjutnya boleh pembaca rujuk buku al-Istikhbarat al-askariyah fi al-Islam, karangan ‘Abdullah ‘ali al-Salamah al-Muhammad Munasorah, Muassasah al-Risalah.

Dan buku Fiqah menurut Mazhab al-Syafi ‘ie, oleh Ustaz H.Idris Ahmad. Penerbit Widjaya Djakarta.


menambah kesedaran untok umat yang satu tujuan

Jihad di Fathoni semarak menyala


Wajib kita bangkit bangun membela


Berkorban harta jiwa dan raga


Gigih berjuang semangat merdeka


Andai kita tak sanggup berjuang


Umat Fathoni dirantai kehinaan


Umat Fathoni dibelanggu penjajahan


Umat Fathoni dilaknat tuhan


Umat Fathoni jangan lekas putus asa


Sebab Allah bersama kita


Mendaulat hukum Allah di bumi pusaka


Itulah harapan dan cita-cita


Insya Allah bumi Fathoni merdeka


Insya Allah bumi Fathoni Allah redha janganlah simpan untok seorang diri