วันอาทิตย์ที่ 26 มิถุนายน พ.ศ. 2554

Kenapa Thailand begitu takut untuk berbincang dengan pejuang?

Berbincang atau berdialog dengan gerakan-gerakan pembebasan Patani adalah sesuatu yang menakutkan dan cuba dielak oleh pemerintah Thai seberapa yang boleh, alasannya: “Berdialog akan meningkatkan penentangan, dan ia pada akhirnya akan membawa kepada berpisah (kemerdekaan)” kata Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Keamanan Suthep Thaugsuban dalam temuramahnya dengan wartawan pada pagi 28 Disember 2009.

Sebelum itu semasa di Indonesia pada minggu lepas beliau menggesa Susilo Bambang Yudhoyono Presiden Ripublik Indonesia dan OIC supaya tidak mencampuri urusan pergolakan di selatan kerana ia adalah hal ehwal dalaman Thailand, dengan menegaskan bahawa kerajaannya memperuntukan jumlah dana yang begitu besar, iaitu sebanyak 64,000 juta Bhat untuk membangun kawasan selatan, yang akan dapat menyelesai masalah yang berlaku, supaya kawasan selatan negara itu akan menjadi aman dan dapat terus kekal di bawah perlembagaan Thai.

Satu tinjauan yang dilakukan oleh Universiti Suan Dusit Rajabhat terhadap 1,206 respondan pada 1-3 September 2009 pula mendapati antara yang paling gagal di laksanakan oleh kerajaan Abhisit Vijjajiva dalam masa setahun pemerintahannya ialah tentang pergolakan di selatan, iaitu sebanyak 46.60 % mengatakan terlalu tidak yakin terhadap usaha-usaha penyelesaian bagi pergolakan di selatan yang telah dilakukan kerajaan Abhisit Vijjajiva selama ini.

Dari dua maklumat di atas sudah cukup untuk membolehkan kita dapat melihat, bahawa kerajaan Thai cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan sesuatu dari pengtahuan dunia terhadap punca sebenar pergolakan yang sedang berlaku di Patani, supaya dunia boleh menerima perkara itu adalah sebagai masalah dalaman Thailand, di mana negara lain tidak perlu dan tidak boleh masuk campur dalam hal ehwal dalaman negaranya.

Antara polisi dan pendekatan yang selalu ditunjulkan dan diperkatakn di mana-mana dan pada bila masa ialah: Kawasan yang bergolak ialah 3 wilayah sahaja, yang berpenghuni hanya 2 juta orang, pergolakan hanya bermula pada 2004, mereka terdiri dari orang-orang Thai Muslim, pergolakan timbul di sebabkan hanya terdapat segelintir manusia yang suka membuat kacau. Ini untuk menggambarkan bahawa masalah di Patani adalah kecil yang tidak perlu diperbesar-besarkan kerana ia adalah masalah dalaman sahaja, yang boleh diselesai dengan mudah dan pada bila-bila masa yang dikehendaki sahaja.

Antara perkara yang paling ditakuti Thailand ialah: wujudnya pihak luar seperti OIC, Bangsa-bangsa Bersatu, Negara-negara Islam dan NGO antara bangsa yang bercakap tentang Patani dan cuba untuk membantu bagi mencari penyelesaian kepada isu yang sudah berlarut lebih dari satu abad itu. Sebabnya jelas sebagaimana yang disebut oleh Suthep Thaugsuban Timbalan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Keamanan Thai ialah kerana Patani akan diberi kemerdekaan selepas itu.

Walaupun semua gerakan pembebasan Patani pada keseluruhannya menuntut kemerdekaan semata-mata tidak pada yang lain selain darinya, tapi ini tidak bermakna bersedia untuk berunding dengan kerajaan Thai itu adalah sesuatu yang di luara tuntutan mereka, malahan ia adalah satu strategi, walaupun sudah dihidu oleh Siam, tetapi ia tetap berfungsi dengan baik dan menjadi begitu gagah sekarang ini. Kerana mereka yakin walaupun sudah disedari musuh, bahawa berunding dengan Gerakan-gerakan Pemebasan Patani (GPP) adalah semacam memberi laluan kepada kemerdekaan Patani pada akhirnya. Dengan kata keramat berunding itulah mereka dapat mempunyai banyak kawan dalam pengembaraan mereka dan mereka sudah tidak lagi bersendirian di pentas dunia, di samping mereka juga dapat menyekat alasan Thai selama ini untuk tidak mengaku tentang kewujudan GPP yang sedang bertindak dan mereka akan bertindak diluar jangkaan Thailand selepas ini.

Kerajaan Thai dengan sedaya upaya mencari penyelesaian dengan caranya sendiri, iaitu tidak perlu ada orang tengah, dan cuba mengelak dari terpaksa membangkit isu yang sebenar. Mereka sedang menggaru di tempat yang tidak gatal, mereka sedang menelan panadol dan itulah satu-satunya ubat yang ada untuk merawat canser yang sudah merebak, retak sedang menunggu belah. Sebab itu rakyat Siam sendiri sudah tidak lagi menaruh harapan dan kepercayaan terhadap cara penyelesaian Abhisit dan Suthep menangani isu Patani, sebab penyelesaian yang mereka pilih tidak berasaskan kepada masalah yang sebenar, iaitu Patani adalah dijajah oleh Thailand, maka ubatnya ialah beri kemerdekan kepada Patani atau beri apa yang diminta.

Kita sudah tahu yang si ular takut pada buluh, maka carilah batang-batang buluh sebanyak mungkin, supaya ia tidak lagi berani menghampiri kita untuk terus membelit dan mematuk kita lagi selepas ini.

GPP bukan gerakan pemisah, sebab Patani tidak pernah menjadi sebahagian dari Thailand, cuma Patani dijadikan sebahagian dari Thailan dengan paksaan, GPP bukan gerakan terroris, kerana mereka bersedia untuk mencari penyelasaian dan perdamaian dan masalah di Patani bukan masalah kemiskinan, kezaliman, kejahilan, ketidak telusan pentadbiran Bangkok, pengabaian hak…. semata-semata, semua itu adalah satu gabungan dari pelbagai masalah yang sudah berlarutan seabad lamanya hasil dari Patani di jajah.

menambah kesedaran untok umat yang satu tujuan

Jihad di Fathoni semarak menyala


Wajib kita bangkit bangun membela


Berkorban harta jiwa dan raga


Gigih berjuang semangat merdeka


Andai kita tak sanggup berjuang


Umat Fathoni dirantai kehinaan


Umat Fathoni dibelanggu penjajahan


Umat Fathoni dilaknat tuhan


Umat Fathoni jangan lekas putus asa


Sebab Allah bersama kita


Mendaulat hukum Allah di bumi pusaka


Itulah harapan dan cita-cita


Insya Allah bumi Fathoni merdeka


Insya Allah bumi Fathoni Allah redha janganlah simpan untok seorang diri