วันเสาร์ที่ 30 เมษายน พ.ศ. 2554

Sekolah di Fathoni buat murid cerdik atau bodoh???

http://stat.k.kidsklik.com/data/photo/2010/10/25/1838168p.JPG

Sekolah tempat menimba ilmu pengetahuan untuk mengubah kehidupan kita di masa hadapan, ilmu agama dan akademik dapat dipelajari di mana-mana, bahkan ramai tempat menyediakan ilmu yang berlainan tidak sama dengan tempat yang lain. Walaupun berbeza tetapi hasrat sama demi untuk meningkatkan taraf hidup untuk masa hadapan dan dapat mendidik anak-cucu untuk menegakan bangsa (anak masa kini akan tua masa hadapan) ini adalah harapan kita untuk menegakan bangsa yang masih terpelihara, bahasa yang masih di jaga.

Melihat kondisi masa kini sekolah sangat banyak tersebar di tiga wilayah Selatan Thai sekolah yang terdaftar dengan pemerintah siam sebanyak hampir 500 buah sekolah terdiri daripada sekolah swasta yang tergabung sekolah agama dengan akademik sebanyak 158 buah sekolah, sekolah agama lebih-kurang 30 buah sekolah dan pondok kitab tua sebanyak 315 buah sekolah.

Melihat angka yang tertera di dalam ini terbayang bagi semua orang iaitu orang Fathoni semua cerdik dan pandai setiap segi, akan tetapi ini tidak dapat menjamin bahawa rakyat Fathoni semua dapat belajar dan pandai, masih banyak lagi rakyat Fathoni tidak dapat melanjut pengajian mereka di peringkat yang mereka inginkan, kerana beberapa faktor menyebabkan hal seperti ini, antaranya kemiskinan, jemu, penagih dadah, faktor dalamam dan faktor luaran.

Kemiskinan yang dimaksudkan, keluarga yang tidak dapat mehantar anak mereka kesekolah oleh kerana biaya yang dikeluarkan untuk melengkapkan pengajian sangat mahal, sedangkan sekolah sudah meringankan yuran pengajian, akan tetapi alat untuk kelengkapan mata pelajaran sangat banyak dan alat yang sangat mahal, perkara ini yang tidak sanggup oleh keluarga yang pendapatan kecil.

Jemu pula ini adalah perkara yang lahir dalam diri pelajar sendiri yang tidak suka melanjut pelajaran kebanyakan mereka ini terdiri dari orang yang bodoh tidak dapat ikut pelajar yang lain.

Hal yang paling ketara bagi rakyat fathoni sekarang ini adalah penagih dadah yang sangat ramai, tidak dapat di elakan. Di tempat lain kerajaan Thai merampas dan menangkap pengedar dadah, akan tetapi di Fathoni ini sangat pelik sebab ramai pos polis dan tentera yang sekat di jalan raya, tetapi dadah masih saja boleh sampai di Fathoni, contoh yang paling ketara adalah daun ketum, daun ini bagi pemuda Fathoni sangat merebak dengan cara mereka rebus dan campur dengan coca-cola dan ubat batok terus diminum.

Daun ketum yang ceritakan itu di Fathoni pokok ketum sudah habis bahkan sudah tinggal batang (daun dan kulit sudah diambil) tetapi sampai sekarang para rejama masih dapat merebus di mana-mana, sangat hairan sekali daun ketum itu ambil dari mana???? Kata orang kampung daun ketum ini di ambil kepada polis dan tentera sendiri mereka ambil di wilayah lain bawa masuk dan mengedar di Fathoni, dengan tujuan untuk merosakan otak dan fikiran pemuda Fathoni, dan banyak lagi faktor lain yang tidak menjelaskan satu-persatu.

Sekolah di Fathoni buat murid cerdik atau bodoh???, ini dapat kita nilai dengan melihat perkembangan pelajar itu sendiri, sekarang ini sistem pengajaran disetiap sekolah sudah banyak sistem akademik yang berhabasa Thai dibanding dengan mata pelajaran agama yang dibahas dengan bahasa Melayu.

Untuk menjawab pertanyaan itu boleh kita tengok disistem dan kurikulum yang digunakan di sekolah masing-masing, hal ini bagi pondok kitab tua tidak bimbang mereka boleh menggunakan metode mereka sendiri dengan kebijakan tok guru mereka.

Bagi sekolah moden yang campur antara agama dengan akademik sistem dan kurikulum sekolah mereka mesti mengikut pemerintahan Thai dan mesti meperbanyakan bahasa Thai dalam penyampaian dalam kelas dan pergaulan di luar kelas.

dengan sistem ini pelajar yang lulus di sekolah ini sangat jauh berbeza di banding dengan sekolah di tempat lain dari tiga wilayah ini kalau di Thailand tempat lain pelajar dapat menguasai bahasa Thai dan ilmu akademik yang sangat tinggi, di luar Negara Malaysia dan Indonesia mereka dapat mengguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik, tetapi di Fathoni semua itu tidak ada, bahasa Thai tidak lancer seperti lughat sebenar, bahasa Melayu baca tidak faham maksudnya, bahasa inggeris lughat jadi ala Thai. Bagi pelajar Fathoni serba kekurangan.

Apa sebab yang menjadi seperti itu??? Ini tidak lain tidak bukan sebabnya adalah sistem dan kurikulum yang menggunakan disekolah masing-masing, sistem dan kurikulum tidak dapat menentukan sendiri oleh ketua sekolah, semua yang hendak digunakan itu mesti lulus dari pemerintahan Siam. Sedangkan di Fathoni pelajar sangat berbeza cara hidup, cara berfikir, pengalaman dan agama.

Ini seharusnya sekolah di tiga wilayah mesti mengator sendiri sistem dan kurikulum untuk sekolah mereka masing-masing demi untuk sampai tujuan yang diinginkan dan keperluan orang Fathoni.

Bahkan sekolah sekarang ini bukan lumba untuk meningkatkan ilmu dan kecerdasan para murid, akan tetapi sekolah sekolah berlumba untuk membanyakan muridnya supaya dapat wang yang banyak sebab sekolah yang sudah daftar dengan pemerintah siam akan dapat wang mengikut jumlah murid setiap murid dibagi lebih-kurang10,000 bath.

Oleh itu kualiti ilmu dan pengajaran jarang sekolah peduli akan tetapi kualiti bangunan dan kawasan sekolah berlumba dengan kecantikan supaya dapat menarik perhatian para palajar dan orang tua, cara siam untuk meruntuhkan sistem pengajian kita secara halus dengan kita sendiri tidak sadar akhirnya hancur ibarat pepatah kata “api makan sekam”http://smanela.site90.com/smanela/userfiles/image/smanela%20poto/P1160623.JPG

menambah kesedaran untok umat yang satu tujuan

Jihad di Fathoni semarak menyala


Wajib kita bangkit bangun membela


Berkorban harta jiwa dan raga


Gigih berjuang semangat merdeka


Andai kita tak sanggup berjuang


Umat Fathoni dirantai kehinaan


Umat Fathoni dibelanggu penjajahan


Umat Fathoni dilaknat tuhan


Umat Fathoni jangan lekas putus asa


Sebab Allah bersama kita


Mendaulat hukum Allah di bumi pusaka


Itulah harapan dan cita-cita


Insya Allah bumi Fathoni merdeka


Insya Allah bumi Fathoni Allah redha janganlah simpan untok seorang diri